A

A Place To Express
MANUSIA
Saturday, 28 March 2015 | 14:02 | 2comments
Greeting Text

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Manusia. Memang banyak ragam. Aku sendiri pun. 

Entah. Subuh subuh ni tetiba rasa nk emo pulak. kekadang tu terfikir yang aku ni berkawan dengan pengedar minyak wangi ataupun tukang besi. Even kau sembur minyak wangi banyak banyak pun ada orang yang tak suka baunya. sama lah macam kau berkawan dengan orang yg baik baik lepastu ada yang tak suka busuk hati. Fitnah. Semua tu benda biasa. Aku sendiri pon ada kala duk mengumpat tak sedar yang kawan tu ada jugak bagi kebaikan dekat diri sendiri. 


Bila dah masuk universiti. Masuk dunia baru. Jauh dari family.

Baru kita tahu mana kawan mana lawan. Normal lahh kan. Mana ada orang berkawan nampak baik je sentiasa. kekadang tu keluar jugak singa. The moment bila kau rindu family kau, then kengkawan kau yang kononnya 'setia' tu, yang kau canang pasal friendship goal korang tetibe tersilap sikit je. Dia tak nampak kau sedih. Dia tak layan kau. Kau la kata dia tak layan kau padahal dia nak otp jap. lagi kecewa bila diorang otp dengan mak bapak diorang. kau pun sedih amek selimut tutup muka menangis sepuas hati. 

Saat tu baru kau tahu Allah ada. Baru kau nampak Al-Quran warna hitam yang kau letak kat rak buku tu. Yang kau baca bila hari hari kau perlu je. Bila tu? Hari macam ni la kan kau perlu sangat. yela selama ni ada orang lain tempat lain kau boleh share. contohnya kau pikir sendiri 

Kawan yang betul betul kawan ni tak ramai. Tak payah sembang nak cakap beza kawan dengan sahabat rakan bff etc. sebab aku rasa semua tu lebih kurang je.

"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)

Ya ALLAH. Jujur aku tak maksudkan sesiapa. Aku harapkan persahabatan yang aku jalinkan selama ini memberi manfaat dan Kau kuatkanlah ikatan ini sehingga ke syurgaMu. Ukhuwah Fillah.


29/03/2015
05:03 am , salam subuh.



Older Post | Newer Post
About Me
Hai. Assalamualaikum. One of your caked face who expect for something but she ended up get for nothing.



Jom Sembang

Follow di TWITTER