Syncronize hati
Friday, 14 August 2015 | 23:09 | 0comments
Hati
Kalau dah hitam
Pakai clorox waima jenama lagi bagus pon
Belum tentu dapat hilangkan warna hitam tu
Benci
Kalau dah tinggi melangit
Mana nak nampak sakit pedih rindu
yg terjerat di bawah
Janji
Kalau dikota bahagia
Kalau tak dikota pasti merana
Merubah segala suka dan duka
Nasihat
Yg memerlukan tdk pernah meminta
Yg memberi hanya pikirkan diri
Merubah kebaikan menjadi keburukan
Matlamat
Banyak kepada manfaat
Tetapi diisi dengan angan angan
Kini musnah berkecai
Hidup
Bukan ke arah berfoya foya
Dilebihkan kepada bekerja
Hanya difikirkan orang yang betul betul dewasa
Mati
Sudah tentu pasti
Bukan nanti nanti tapi bila bila
Kita hanya manusia
Aku
Hanya insan biasa
Penuh hajat tak kesampaian
Andai Tuhan mengizinkan...